|
Sila baca dengan teliti.
Penghantaran
Tempahan akan dihantar menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia.
Kos penghantaran akan dikira berdasarkan berat tempahan dan kaedah penghantaran yang
diminta oleh pelanggan sama ada pos laju , pos berdaftar atau mel
udara berinsuran. Ia tidak termasuk kos duti atau cukai import(bagi
pelanggan bukan Malaysia). Untuk tempahan dari Malaysia,
penghantaran melalui pos berdaftar akan menhgambil masa 3-4 hari,
mel udara berinsuran,5- 7 hari dan poslaju, 1-2 hari. Untuk tempahan
dari luar Malaysia, penghantaran menggunakan pos berdaftar dan mel
udara berinsuran akan mengambil masa 10-30 hari dan poslaju 3-10
hari.
Polisi Privasi
Kami menghormati hak privasi pelanggan kami. Segala maklumat
yang diberikan oleh anda tidak akan diberikan kepada pihak lain.
Kami akan hanya menggunakan maklumat anda untuk tujuan penghantaran
dan untuk memberitahu sebarang kemaskinian mengenai laman ini.
Pengembalian Produk(Untuk tempahan Malaysia/Singapura/Brunei)
Produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan. Walaubagaimanapun
jika terdapat kerosakan pada produk ketika pelanggan menerimanya,
pihak kami akan menggantikannya dengan yang baru atau yang sepadan
dengannya dengan syarat ia dilaporkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh ia diterima dan produk yang rosak dikembalikan
semula kepada kami dalam tempoh 10 hari selepas aduan kerosakan
dilaporkan.Pelanggan dinasihatkan menggunakan sekurang-kurangnya
perkhidmatan pos berdaftar untuk mengembalikan produk bagi
mengelakkan barang yang dikembalikan hilang. Pihak kami tidak akan
membuat penggantian sekiranya barang yang dikembalikan tidak
diterima. Kos penghantaran balik produk kepada kami akan ditanggung oleh
pelanggan. Selepas kami menerima produk yang dikembalikan, produk
ganti akan dihantar menggunakan pos berdaftar secara percuma. Jika tiada aduan diterima
dalam tempoh yang dinyatakan di atas, pihak kami menganggap pelanggan berpuas hati dengan
produk yang dihantar dan sebarang aduan selepas itu tidak akan dilayan.
Pembayaran Produk
Bayaran untuk tempahan boleh dilakukan dengan kaedah-kaedah
berikut:
- Bank-in : Pelanggan boleh bank-in ke dalam akaun bank
kami yang akan diberikan selepas pelanggan bersetuju dengan harga
yang kami berikan. Ia boleh dimasukkan sama ada dalam bentuk tunai
atau cek. Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk pelanggan dalam
Malaysia sahaja.
- Online Fund Transfer : Untuk pelanggan Malaysia yang
mempunyai kemudahan perbankan online, bayaran boleh dibuat dengan
melakukan pemindahan dana dari akaun mereka ke akaun kami.Untuk
proses yang lebih cepat, kami menggalakkan pembayaran melalui
Channel-e (Bumiputra Commerce) atau Maybank2u (Maybank) kerana
akaun bank kami terdapat pada kedua-dua bank ini.
- Wang Pos / Money Order : Pelanggan juga boleh menggunakan
perkhidmatan wang pos/money order untuk membuat bayaran. Bayaran
melalui cara ini perlulah di bayar di atas nama Kharmar bin
Sukarno.
- Wire Transfer : Kaedah ini boleh digunakan oleh pelanggan
luar Malaysia untuk membuat bayaran. Maklumat berkenaan akaun
bank kami akan diberikan selepas pelanggan bersetuju dengan harga
yang kami berikan. Sebarang caj tambahan yang dikenakan oleh bank
untuk melakukan wire transfer adalah ditanggung oleh pelanggan.
- Western Union : Pelanggan luar negara juga boleh membuat
bayaran melalui Western Union. Maklumat pembayaran akan kami berikan
selepas pelanggan bersetuju dengan harga yang kami berikan.
- Kad Kredit : Buat masa ini kami tidak mempunyai kemudahan
bayaran terus menggunakan kad kredit. Tetapi pelanggan boleh menggunakan
cara bayaran ini melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Paypal
atau Moneybookers.com
.
Harga Produk
Harga yang dipaparkan pada laman ini adalah pada harga 'retail'. Bagi mereka
yang ingin membeli secara pukal(wholesale) sila ke
ruangan wholesale
laman ini.
Penempahan Produk
Klik di sini
tentang langkah-langkah untuk membuat tempahan dengan kami.
|