Kerongsang.com Wholesale

 

Memperkenalkan program wholesale terbaru kami. Melalui program ini:

Beli produk kami pada harga BORONG pada sebarang kuantiti selama setahun .
Tiada lagi syarat minimum untuk pembelian secara wholesale. Anda tidak perlu memenuhi syarat minimum RM500(pembelian pertama) atau RM300(pembelian seterusnya) untuk mendapat harga wholesale
Semak tempahan-tempahan anda yang lepas bersama kami. Anda boleh login ke akaun anda dan melihat tempahan yang anda pernah buat dengan Kerongsang.com
Download katalog dan senarai harga borong terbaru kami

 

Bagaimana Menyertai Program Ini?
Berikut adalah langkah-langkah  menyertai program ini:

  1. Isikan borang pendaftaran online di sini .
  2. Selepas mengisi borang pendaftaran, bayar deposit sebanyak RM50 ke akaun bank kami sama ada secara bank-in atau melalui online banking. Hantarkan salinan slip deposit anda sama ada melalui emel ke sales@kerongsang.com atau faks ke 088-484385.
  3. Akaun akan diaktifkan dan anda boleh membuat tempahan produk kami dalam sebarang kuantiti pada harga wholesale. Anda juga boleh login ke akaun anda selepas itu untuk mengemaskini maklumat perhubungan, melihat senarai tempahan anda yang lepas dan download katalog, senarai harga wholesale dan borang tempahan.

Bagaimana Membuat Tempahan Melalui Program Ini?
Anda perlu isikan borang tempahan khas yang boleh diperolehi di laman khas akaun anda dan emelkan kepada kami. Kami akan hantarkan sebutharga dan selepas anda membuat bayaran, tempahan anda akan diposkan.

Berapa Lamakah Tempoh Keahlian Program?
Tempoh keahlian adalah selama satu(1) tahun dari tarikh akaun diaktifkan. Dalam tempoh ini anda boleh membeli produk kami pada harga borong dalam sebarang kuantiti.

Bagaimana Jika Saya Ingin Melanjutkan Keahlian?
Keahlian anda akan diperbaharui untuk satu(1) tahun jika jumlah tempahan anda dalam tempoh keahlian sebelum itu berjumlah RM500. Jika jumlah kurang daripada RM500, anda perlu membayar semula deposit untuk mengaktifkan semula keahlian anda.

Kenapa Perlu Membayar Deposit?
Program ini diwujudkan bagi memudahkan mereka yang berminat untuk menjual produk-produk kami tetapi kekurangan modal atau sukar memenuhi syarat minimum wholesale kami. Oleh itu deposit disyaratkan bagi menyediakan kemudahan ini dan memastikan hanya mereka yang berminat sahaja menyertai program ini.

Adakah Deposit Dikembalikan?
Deposit akan dikembalikan apabila jumlah tempahan anda dalam tempoh keahlian semasa adalah sekurang-kurangnya RM500. Anda boleh merujuk jumlah tempahan semasa di akaun anda secara online.

Berapakah Beza Harga Borong dan Harga Biasa Kerongsang.com?
Perbezaan bergantung kepada produk yang dibeli tetapi secara amnya, perbezaan adalah sekitar 30-50 peratus.

Saya Telah Menghantar Permohonan Secara Online. Bagaimana Saya Membuat Bayaran Deposit?
Anda boleh membuat bayaran dengan bank-in ke akaun Maybank no. 160102358968 (Kharmar Sukarno). Hantarkan salinan bank-in melalui emel atau faks untuk kami mengaktifkan akaun anda.

 

Ya, Saya Ingin Menyertai Program Wholesale Kerongsang.com !!

 

LOGIN

Anda belum login.

ID Ahli:
Password:

Ingin menjadi pemborong? Isi borang di sini.

Terlupa password?

 


© 2003 Kerongsang.com All rights Reserved